nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO, PRN Johor dan hampirnya PRU-15

27 JAN: Sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini, perkara pertama yang terkeluar dari benak rakyat ialah apa isu dibincangkan, adakah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi kenyataan, bagaimana pula Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)?

Banyak lagi pertanyaan mengenai perkara yang dibincangkan dalam  mesyuarat MT itu.

Bukan sahaja ahli UMNO sendiri mahu  mengetahuinya, malah pemerhati politik dan juga seluruh rakyat.

Yang jadi kenyataan selepas MT UMNO itu ialah PRN Johor sah akan diadakan.

Dari PRN Melaka, diikuti PRN Sarawak dan kini Johor pula. Nampaknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mula bangkit. PRN Sarawak pula melihat BN bekerjasama dengan parti gabungan di negeri itu.

Penganalisis berpendapat PRN Johor ini menunjukkan PRU-15 semakin hampir.

Sebelum itu berlaku perubahan iklim politik di Melaka dan Sarawak, rakyat melihat pentadbiran Perak juga berubah dari dikuasai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tapi kini diterajui oleh UMNO.

Penganalisis melihat kini UMNO dan BN secara langsung dapat memenangi semula hati rakyat. Semuanya akibat kekesalan pengundi dan rakyat yang tersilap langkah memilih Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

PRN Johor pula adalah susulan dari keyakinan BN mendapat mandat serta menguasai Melaka. Dengan kata lain, perubahan mula menjurus kepada keyakinan rakyat yang mahukan BN dan UMNO kembali semula mendapat negara.

Namun timbul persoalan, apakah BN akan bersendirian tanpa PAS? Yang pasti BN akan menentang BERSATU di mana sahaja PRN mahupun PRU.

Perlulah diingat bahawa kerjasama dengan PAS telah lama diadakan dan persefahaman telah wujud termasuk dari segi pengagihan kerusi.  Ini dapat dibuktikan di negeri Kelantan dan Terengganu.

Malah, penganalisis berpendapat BN sejak sekian lama tidak akan mengganggu kedudukan kerusi milik PAS sama ada di Kelantan mahupun Terengganu.

Ramai penganalisis yakin bahawa pengagihan kerusi di PRN Johor antara BN dan PAS juga akan selesai dan mencapai persetujuan walaupun PAS mempunyai kerjasama dengan BERSATU.

Diyakini bahawa kepemimpinan teratas UMNO dan PAS akan menyelesaikan isu kerusi di PRN Johor dalam masa terdekat.

Penganalisis melihat apabila tiba hari pengundian PRN Johor, UMNO akan menghormati kerusi ditandingi PAS manakala PAS pula tidak akan mengganggu kerusi ditandingi UMNO mahupun BN.

Jika ini benar dan menjadi kenyataan, maka yakinlah bahawa BN dan UMNO mampu mencatat kemenangan berterusan di Johor dengan kerjasama PAS.

Dengan kata lain ‘win win situation’ atau situasi menang-menang.

Namun,  UMNO dan BN kini dilihat tidak menganggap untuk menang mudah kerana yang penting ialah bekerja keras serta menyakini pengundi terutama golongan muda serta pengundi baharu.

Dari PRN Johor ini, penganalisis berpendapat, PRU kini semakin hampir.

Tarikh PRU selalunya diadakan pada musim cuti sekolah dan dalam keadaan ini bulan Mac serta Jun adalah masa yang diyakini sesuai. Tambahan pula sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat pembuangan undi.

Jika Mac atau Jun menjadi kenyataan, maka PRN Johor dilihat sebagai satu lagi tempat untuk  UMNO dan BN ‘menguji’ atau ‘test market’ kekuatan sedia ada serta penerimaan rakyat terhadap parti itu.

Jika Johor milik BN dan UMNO serta mendapat kerjasama dari PAS, yakinlah bahawa PRU sudah tiba masanya.

Di samping itu, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula kerjasama antara PAS dan BERSATU? Yang pasti PAS tetap akan bekerjasama dengan BN, UMNO dan BERSATU, asalkan kerusi PAS kelak tidak diganggu oleh parti-parti berkenaan.

Jadi, kita lihat dan tunggu sahaja hasil keputusan PRN Johor nanti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.