28 JAN : Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik terhadap lebih 9 juta pengguna domestik.
Berita Yang Berkaitan
Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui kenyataan ringkas di Twitter rasminya hari ini.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan,” kata Ismail Sabri.