29 JAN: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor manakala Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Muhammad sebagai Ketua Penyelaras.
Pelantikan itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat semalam.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan berkata mesyuarat tersebut turut membincangkan perkembangan muktakhir dalam negara dan perencanaan tahun 2022.
“Mesyuarat turut menegaskan kebulatan tekad seluruh pimpinan parti komponen untuk terus mempertahan dan mengemas kini kedudukan BN yang menjadi wadah politik negara selama ini.
“Mesyuarat turut membincangkan PRN Johor yang bakal diadakan.
“Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya.