30 JAN : Sebanyak lima kes kematian dicatatkan, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) semalam akibat COVID-19, sekaligus menjadi kes kematian terendah sejak April lalu.
Data dalam laman sesawang COVIDNOW menunjukkan setakat ini, sejumlah 31,957 kes kematian dengan 6,441 kes membabitkan BID.
Kes membabitkan masing-masing satu kematian di Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.
Sementara itu, sebanyak 51,397 kes positif COVID-19 masih lagi aktif ketika ini.
Daripada jumlah itu, majoriti kes iaitu 43,938 menjalani kuarantin di rumah; sebanyak 4,392 kes dirawat di Pusat Rawatan dan Kuarantin (PKRC) dan seramai 2,948 pesakit menjalani rawatan di hospital.