nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan PRN Johor strategi kluster mahkamah tidak benar

30 JAN : Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mungkin mendapat maklumat yang tidak sahih berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila mendakwa ia adalah strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Annuar berkata, PRN di Johor adalah untuk kepentingan rakyat, di mana Menteri Besarnya, Datuk Hasni Mohammad juga tidak membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersendirian, sebaliknya dengan rundingan pelbagai pihak serta diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Itu hanya pendapat beliau, bukan fakta. Mungkin pandangan itu kemungkinan juga ia berasaskan sumber-sumber maklumat yang tidak sahih.

“PRN ini berlaku bukan sebab kluster mahkamah. Ia berlaku setelah Menteri Besar merasakan Johor tidak harus berada dalam situasi yang boleh merencatkan usaha-usaha pembangunan dan tugas kerajaan kerana negeri berpotensi tinggi, serta keadaan di mana pembangkang dan kerajaan sama banyak kerusi jarang berlaku dalam dunia,” katanya kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Mokhtar Hussain dan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Che Roslan Che Daud.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Abdul Hadi berhubung PRN Johor.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, semua pemimpin parti, tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan serta perlu menghormati keputusan Johor untuk melaksanakan PRN.

“Kita perlu terima realiti dalan keadaan sekarang. Bukan sahaja darurat kesihatan, darurat ekonomi. Kita juga mengakui politik kita dalam keadaan yang tidak stabil. Harus tangani berasaskan kebijaksanaan dan belum ada satu formula berasaskan seluruh negara. Sabah lain, Johor lain, Kelantan lain.

“Jadi, kita perlu hormati suara orang Johor. Dan, orang Johor lebih tahu apa yang terbaik. Jadi, lagi kurang keluarkan kenyataan yang merenggangkan, saya rasa lagi baik,” katanya.

Beliau pada masa sama berkata kerjasama secara dasarnya harus diteruskan semua pihak atas kepentingan rakyat, seperti kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terus memerlukan dokongan daripada PAS, BERSATU serta parti pembangkang.

“Kerana pada peringkat nasional ada tugas berat yang mesti dilaksanakan. Itu formula sesuai yang kita akan terus dokong di Kerajaan Pusat. Di negeri pula berbeza. Jadi, biar Johor buat pertimbangan berasaskan kepentingan rakyat. Kita di pusat pula terus membantu.

“Jadi, pada saya tiada apa-apa salahnya. Dan, insya-Allah PRN Johor akan berjalan baik ikut prosedur operasi standard, tanpa perlu merenggangkan hubungan politik antara parti. Jadi yang lain-lain itu, kita cuba duduk, bincang jangan terlalu emosi dan jangan buat tuduhan-tuduhan menyinggung dan sebagainya,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilaporkan berkata tindakan segelintir pemimpin UMNO yang enggan bekerjasama bersama PAS pada PRN Johor, disifatkan seperti tidak bermoral selepas bersama membentuk gabungan Muafakat Nasional.

Beliau dipetik sebagai berkata, strategi untuk melaksanakan PRN juga bukan strategi yang baik, tetapi dilakukan segelintir pihak serta mendakwa ia strategi kluster mahkamah, kluster kalah PRU14 dan mereka yang tiada jawatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.