30 JAN : Korea Utara melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu sekaligus merupakan ujian yang ke tujuh dilancarkan Pyongyang sepanjang tahun ini.
Ujian peluru berpandu itu memperlihatkan rejim sedang meningkatkan kekuatan tenteranya dalam masa yang sama mengabaikan tawaran rundingan Amerika Syarikat (AS).
Pyongyang menjalankan dua ujian senjata minggu lalu, dan telah menjalankan sekurang-kurangnya empat ujian senjata tambahan bulan ini – termasuk apa yang dipanggil peluru berpandu hipersonik pada 5 dan 11 Januari.
Awal bulan ini, Korea Utara membayangkan bahawa ia boleh menyambung semula ujian nuklear dan senjata jarak jauh, yang telah ditangguhkan sejak 2017.