31 JAN: Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 18 nyawa di Sao Paulo, Brazil.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam kerajaan negeri Sao Paulo, bencana alam itu turut meragut nyawa tujuh kanak-kanak dan menyebabkan lebih 500 orang hilang tempat tinggal.
Daripada jumlah itu, 11 menemui ajal semalam selepas tanah runtuh menimbus beberapa rumah di kawan bandar dan pedalaman negeri, lapor media tempatan.
Menurut Jabatan Pertahanan Awam, sembilan lagi mangsa cedera dan masih ada lima lagi mangsa hilang.
Sebuah balai polis dan jejambat di daerah Franco da Rocha turut dirimbus tanah runtuh.
Yanag runtuh di Embu das Artes menyebabkan seotang wanita terbunuh bersama dua anak berusia empat dan 21 tahun.
Hujan lebat dilaporkan di bandar Sao Paulo yang mempunyai 12 juta penduduk tetapi tiada musibah besar dilaporkan.
Jabatan Pertahanan Awam berkata berlaku banjir, pokok tumbang, dinding runtuh dan tanah runtuh akibat hujan lebat.
Gabenor Joao Doria, selepas tinjauan ke kawasan bencana, mengumumkan peruntukan 15 juta reales (RM114 juta) bagi membantu 10 bandar paling terjejas dan 645 daerah di negeri berpenduduk paling padat di Brazil, dengan 46 juta penduduk.
Doria juga menyampaikan salam takziah dan simpati kepada 18 keluarga mangsa yang terbunuh.