31 JAN: Sebanyak lapan kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan hanya satu korban kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,965 kes.
Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga, diikuti Johor (2) dan Melaka, Pahang serta Terengganu masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 53,248 kes aktif dilaporkan, termasuk 120 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 65 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,056 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini mencecah angka 2,865,984 kes.