31 JAN: Satu laporan polis berhubung laporan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang ini.
Laporan polis itu akan dibuat oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus pada jam 2 petang ini.
Laporan itu berdasarkan kepada satu jemputan media yang diterima BBC Portal hari ini.
Ia berhubung laporan di dua portal bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ dan ‘Ismail rayu jangan tarik sokongan, bimbang jadi PM paling singkat dari Mahaiddin’ yang disiarkan portal berkenaan semalam.