31 JAN: Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur fitnah.
Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 2.15 petang tadi.
Dalam laporan berkenaan, Mohammad Anuar menyatakan pada 30 Januari lalu, beliau terbaca tiga pautan laporan berita palsu berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika itu, beliau berada di tempat letak kereta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
“Tiga link (pautan) tersebut ialah https:/www.agendadaily.com/politik/ismail-sabri-bimbang-jadi-pm-paling singkat-rayujangan-taik-sokongan.
“https:/themalaysialife.com/ismail-rayujangan-tarik-sokonga-bimbing-jadi-pm-palingsingkat-dari-muhyiddin dan httpsdialongrakyat,blogspot.com/2022/01/ismail-sabri-bimbang-jadi-pm-paling.html?m=1,” katanya.
Menurut beliau, laporan polis itu susulan ketiga-tiga laporan berkenaan mengandungi kenyataan palsu dan adalah fitnah jenauah terhadap Ismail SAbri.
Justeru, katanya, ketiga-tiga portal itu dengan sengaja dan tidak beretika telah membuat laporan yang salah dengan niat jahat.
Tambahnya, ia juga mencemarkan nama baik Perdana Menteri serta menyebarkan kenyataan palsu yang menimbulkna kegusaran kepada rakyat.
Jelasnya, artikel Agenda Daily itu disiarkan semalam sebelum diulang siar oleh The Malaysia Life dan dailograkyat.blogspot.
“Kenyataan ini telah dimanipulasikan oleh ketiga-tiga portal tersebut daripada kenyataa sebenar YAB Perdana Menteri ketika ditanya oleh pemberita pada satu majlis di Bera, Sabtu lalu.
“Malah, pada sidang media tersebut pemberita ketiga-ketiga portal itu tidak kelihatan,” katanya.
Mohammad Anuar berkata laporan tersebut dibuat agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan serius kepada ketiga-tiga pihak berkenaan.