31 JAN: Caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan berkuat kuasa esok.
Pada pertengahan Disember lalu , beberapa bank antaranya Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memaklumkan perkara itu menerusi media sosial.
Dalam makluman di media sosial, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank.
Begitu juga CIMB yang turut menguatkuasakan caj traksaksi berkenaan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic.”
Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.
Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.
Caj RM1 yang dikenakan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kepada pelanggan.
Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank.