1 FEB : Majlis Pertahanan dan Keselamatan Myanmar mengumumkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi.
Berita Yang Berkaitan
Lanjutan berkenaan dibuat bagi persiapan yang diperlukan untuk pilihan raya umum pelbagai parti, menurut kenyataan majlis pertahanan negara itu.
Darurat diisytiharkan di negara itu pada Februari tahun lalu selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negeri dan presiden.