1 FEB : Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 15 Feb.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit
Sementara itu, PKPD di Kampung Batu Talam, mukim sama akan ditamatkan hari ini seperti dijadualkan katanya lagi.