1 FEB : Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan menjadi mercu tanda kejayaan negara yang penuh keunikan dengan kepelbagaian dan terus menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Ismail Sabri menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, hari ini juga genap 50 tahun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar Raya.
“Saya ucapkan Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2022. Hari ini juga genap usia Kuala Lumpur yang ke 50 diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia.
“Justeru, mari kita semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan dan di seluruh Malaysia amnya, dalam melangkah ke hadapan ke arah negara maju dan sejahtera,” ujarnya.