nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Fitnah vaksin: Khairy saman Lokman, Abu Syafiq

3 FEB: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyaman bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan pendakwah bebas, Mohd Rasyik Mohd Alwi atau lebih dikenali sebagai Abu Syafiq atas dakwaan fitnah berkaitan vaksin COVID-19.

Khairy berkata, penerbitan fitnah di media sosial itu menyebabkan reputasi dan integritinya terjejas teruk dan mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional.

“Ia menyebabkan reputasi saya direndahkan dalam anggaran ahli masyarakat yang berfikiran waras.

“Selain itu, ia menyebabkan saya dibawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan dan dalam apa jua keadaan, memprejudiskan saya dengan teruk,” katanya.

KHAIRY

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada hari ini menetapkan pada 17 Februari ini bagi mendengar permohonan injunksi kedua-dua belah pihak (inter parte).

Dalam permohonan injunksi menerusi saman itu, Khairy memohon perintah supaya kedua-dua defendan memadamkan kenyataan dan video bersama-sama kapsyen, tajuk dan komen daripada platform sosial media masing-masing dalam tempoh 24 jam dan perintah menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran berkenaan.

Khairy selaku plaintif, memfailkan dua saman itu secara berasingan atas kapasiti peribadi pada 25 Januari lalu dengan menamakan Lokman dan Mohd Rasyiq sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khairy berkata, Lokman memfitnahnya melalui dua video dan memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Januari lalu serta membuat kenyataan melalui dua siaran langsung di Facebook dan Youtube ‘Lokman Adam’ pada 10 Januari.

Khairy berkata, Mohd Rasyiq pula memfitnahnya dengan membuat empat kenyataan fitnah, menyiarkan tiga video serta satu gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Oktober tahun lalu dan 6 serta 10 Januari lalu.

Khairy berkata, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa sudah diberi vaksin COVID-19 dan sudah menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Selain memohon injunksi, Khairy menuntut antaranya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan dan teruk serta permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.