4 FEB: Sebanyak lapan kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam tanpa sebarang kes kematian di luar hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) mealporkan jumlah kumulatif kematian kini ialah 32,000 kes.
Perak mencatatkan angka kematian sebanyak tiga kes, diikuti Kedah (2) serta Johor, Kelantan dan Pahang masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 61,426 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 114 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,968 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif negara ini ialah 2,887,780 kes.