5 FEB : Kes jangkitan harian COVID-19 di Singapura meningkat tiga kali ganda hari ini berbanding jumlah kes yang dilaporkan sehari sebelumnya.
Kementerian Kesihatan Singapura mengesan sebanyak 13,208 kes baharu semalam selain enam kematian semalam berdasarkan data yang disiarkan di laman webnya.
Sepanjang 28 hari lalu, data menunjukkan 85,357 orang dijangkiti COVID-19 dengan 99.7 peratus tidak mempunyai gejala atau ringan dan daripada jumlah itu, 0.3 peratus memerlukan oksigen dan alat bantuan pernafasan serta 0.04 peratus di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di Singapura setakat semalam berjumlah 379,681, dengan 866 kematian.