nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mastura harap BN pertimbang tambah calon wanita

5 FEB : Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Mastura Yazid meminta kepimpinan Barisan Nasional (BN) mempertimbangkang penambahan calon wanita di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, adalah penting untuk BN sendiri menjadi pelopor kepada usaha memperkasakan kedudukan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan dan dasar.

“Usaha ini bukan baharu kepada UMNO. Ketika parti-parti politik lain tidak memberi keutamaan kepada wanita, UMNO telah bertindak merentasi zamannya dengan membuka ruang besar untuk kaum wanita turut terbabit dalam proses politik negara sejak sebelum merdeka.

“Pada 1949, wanita Melayu telah menubuhkan Sekretariat Kaum Ibu dan seterusnya dijadikan sayap rasmi UMNO pada 1951. Sejak itu, Umno sentiasa memberi ruang dan peluang untuk wanita berada dalam kabinet dan calon pilihan raya.

“Nama-nama seperti Zainun Sulaiman (Ibu Zain), Khadijah Sidek, Tan Sri Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani dan Tan Sri Rafidah Aziz adalah antara bukti kejayaan Umno mengangkat kedudukan wanita dalam tradisi masyarakat Asia yang sejak zaman-berzaman memberi keutamaan kepada lelaki.

“Justeru, saya berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan mempertimbangkan penambahan calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung nanti,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Datuk Mastura Yazid

Katanya lagi, tahun 2015 menjadi satu lagi titik penting kepada peranan wanita, apabila Kerajaan BN berjaya meningkatkan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam melepasi angka 30 peratus.

Walaupun begitu, Mastura berkata peningkatan partisipasi wanita lebih 30% dalam sektor awam, boleh menjadi sia-sia jika tidak dilaksanakan dalam kumpulan pembuat polisi terpenting negara iaitu wakil rakyat, sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri mahu pun Ahli Dewan Rakyat.

“Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, BN hanya meletakkan 92 orang calon daripada 727 kerusi Dun dan Parlimen dan ia hanya mewakili 12.6% daripada jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

“Jumlah ini sangat jauh dari angka 30%. Namun begitu perlu diakui angka 92 orang calon tersebut adalah peningkatan ketara berbanding PRU-13, di mana BN hanya menampilkan 40 orang calon wanita. Malahan jumlah calon wanita BN dalam PRU-14 adalah yang tertinggi antara parti-parti politik yang bertanding.

“Justeru pada hemat saya, sudah tiba masanya Umno dan Barisan Nasional menggunakan PRN Johor sebagai platform menampilkan lebih banyak calon wanita, sama ada dari sayap Wanita mahu pun Puteri. Ini bukan sahaja akan memberi nafas baharu kepada parti, tetapi juga sebagai satu keputusan yang strategik,” tegasnya.

Dianggarkan jumlah pengundi lelaki dan wanita dalam PRN Johor hampir sama. Berdasarkan daftar pemilih lalu jumlah pengundi lelaki ialah 912, 121 dan pengundi wanita 937,463. Walaupun kini jumlah pengundi di Johor telah meningkat kepada sekitar 2.5 juta orang, saya percaya nisbah antara lelaki dan wanita adalah seimbang.

Katanya lagi, pemilihan lebih ramai wanita sebagai calon juga akan memberi semangat yang lebih kepada jentera wanita bekerja di mana sudah menjadi rahsia umum bahawa wanita Umno merupakan antara senjata parti yang paling ampuh dalam setiap kali pilihan raya.

“Biar sebesar mana isu dan cabaran, wanita Umno tetap meredah ‘onak dan duri’ berkempen dari rumah ke rumah dan merayu undi sehingga saat akhir. Dalam masa yang sama pemilihan calon wanita haruslah berdasarkan merit dan kebolehan untuk menjadi wakil rakyat, bukannya sekadar kerana kedudukan dalam parti dan lobi politik.

Dengan kata lain, biarlah pemilihan calon-calon wanita untuk Barisan Nasional mencerminkan keupayaan dan kebolehan sebenar wanita negara.InsyaAllah kita mempunyai ramai wanita Johor yang berkebolehan dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negeri Johor jika diberi kepercayaan. Moga di permudahkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.