6 FEB: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meminta pihak yang menyebarkan fitnah MCA akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar menghentikan perbuatan tersebut.
“Kepada mereka yang berniat jahat melakukan fitnah ini untuk memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), hentikanlah!
“Kami dalam Barisan Nasional sentiasa bermusyawarah dan segala keputusan dicapai secara konsensus parti-parti komponen,” tegasnya.
Presiden MCA itu membuat kenyataan berkenaan di Facebooknya hari ini berhubung satu surat palsu yang tular menggunakan kepala surat parti itu dan namanya.
Surat bertarikh 5 Februari itu menyatakan pembubaran DUN Johor oleh Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad setelah mendapat perkenan Sultan Johor pada 23 Januari lalu.
Sehubungan itu, MCA akan meletakkan calon di semua DUN yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Turut dinyatakan penegasan Ka Siong yang tetap akan menetapkan calon di semua kerusi berkenaan walaupun wujud pertikaian antara MCA dan UMNO.