6 FEB: Barisan Nasional (BN) hanya akan menampilkan manifesto yang mampu membela setiap golongan masyarakat daripada usia muda hingga warga emas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Johor dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata manifesto terbabit akan menawan hati pengundi seterusnya mengembalikan keyakinan pengundi terhadap BN.
“BN akan mempersembahkan manifesto terbaik bagi PRN Johor nanti dengan membabitkan semua peringkat usia masyarakat daripada yang muda, tua, bandar, luar bandar selain pengundi baharu.
“Fokus utama manifesto BN akan menyentuh penyediaan pendidikan yang lebih baik selain fokus pada taraf hidup rakyat yang lebih baik,” katanya di Johor Bahru hari ini.
Adham berkata kesemua 56 calon dari BN yang akan bertanding pada PRN Johor kelak akan diwajibkan melantik pegawai media.
“Langkah lantik pegawai media ini merupakan pembaharuan dilakukan BN Johor bertujuan memudahkan penyampaian maklumat daripada setiap calon kepada pengundi dengan lebih berkesan.