9 lagi kes kematian akibat COVID-19
7 FEB: Sebanyak sembilan kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua kes kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian terkini ialah 32,034 kes.
Johor mencatatkan angka kematian sebanyak empat kes, diikuti Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing mencatatkan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 69,572 kes aktif dilaporkan, termasuk 137 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 71 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 6,460 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif negara kini ialah 2,914,220 kes.