8 FEB: Pengebumian Rayan Oram menjadi tumpuan ramai apabila ratusan orang bersesak di kawasan perkuburan di Igran, berhampiran Chefchaouen di utara Maghribi.
Ada yang sanggup mendaki bukit dan melalui jalan berbatu untuk sampai ke tanah perkuburan itu, malah perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk menanti jenazah diikebumikan.
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu menjadi tumpuan dunia apabila meninggal dunia selepas terjatuh dan terperangkap selama lima hari di dalam perigi sedalam 32 meter.
Operasi menyelamat Rayan mendapat perhatian seluruh dunia dan kematiannya juga diratapi pelbagai pihak termasuk pemimpin dunia.
Selain itu, dua khemah besar dipasang berhampiran rumah Rayan bagi membolehkan orang ramai berhenti di situ untuk memberikan penghormatan terakhir.
“Saya tidak pernah melihat begitu ramai orang menghadiri pengebumian, kami semua terasa dengan pemergian Rayan.
“Rayan umpama anak kami semua, kesedihannya amat terasa,” kata seorang penduduk kampung berusia 50 tahun. –REUTERS