9 FEB : Kes positif COVID-19 harian di negara ini terus melonjak dengan mendadak sebanyak 17,134 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan hari ini, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini meningkat kepada 2,956,332 semenjak pandemik berkenaan melanda negara.
“Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 86 kes atau 0.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan sebanyak 17,048 kes lagi atau 99.5 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.
“Kategori 2 terus merekodkan jumlah kes yang tinggi dengan 12,326 kes atau 71.94 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan hari ini.
“Sebanyak 4,722 kes atau 27.56 peratus lagi pesakit dalam kategori 1, manakala kategori 3 merekodkan sebanyak 58 kes atau 0.34 peratus; kategori 4 (24 kes atau 0.14 peratus) dan kategori 5 mencatatkan empat kes atau 0.02 peratus,” katanya.