9 FEB : Kes harian jangkitan COVID-19 di Sabah terus merekodkan pertambahan kepada sebanyak 3,333 kes pada hari ini.
Menurut Datuk Seri Masidi Manjun, tiga kluster baharu melibatkan Kluster Institusi Pendidikan direkodkan iaitu SMK Simpangan, Paitan; SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan dan Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Keningau.
Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Masidi yang juga Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19berkata, Kota Kinabalu mencatatkan 591 kes diikuti Sandakan 510 kes; Penampang (324 kes); Tuaran (226 kes); Papar (224 kes); Ranau (196 kes) serta Tawau 191 kes.