9 FEB : Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, disahkan positif COVID-19 hari ini selepas membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Menerusi hantaran menerusi Facebook pagi ini, Muhyiddin berkata beliau hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik.
“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” ujarnya.
Beliau juga meminta sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat dinasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.