10 FEB: Sebanyak sembilan kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat kes kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 32,065 kes.
Perak dan Sabah masing-masing mencatatkan angka kematian sebanyak dua kes, diikuti Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor masing-masing dengan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 94,515 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 147 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 79 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,681 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara ini kini ialah 2,956,332 kes.