nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hala tuju baharu PPR ditetapkan – PM

10 FEB: Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) bersetuju menetapkan hala tuju baharu Program Perumahan Rakyat (PPR) yang mengambil kira keperluan semasa serta memasukkan komponen baharu ke arah menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pembinaan PPR baharu akan mengambil kira elemen seperti keterhubungan dan akses internet seperti fibre to the home (FTTH), jaringan
hubungan pengangkutan awam serta reka bentuk yang lebih ekonomik dan lebih selesa.

“Selain itu, MPN turut membincangkan strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak pemaju perumahan swasta.

“Kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.

“Oleh itu, KPKT telah memperkenalkan Home Ownership Programme (HOPE) bagi melihat ekosistem yang lebih menyeluruh dalam penyediaan perumahan, pembiayaan perumahan serta program-program yang dapat membantu Keluarga Malaysia dalam pemilikan perumahan,” katanya.

Ismail Sabri mempengerusikan MPMMN hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) secara telesidang yang turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Tan Sri Ketua Setiausaha Negara serta Gabenor Bank Negara.

Turut hadir wakil-wakil agensi penyedia perumahan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun serta wakil pemaju perumahan swasta.

MPMMN merupakan platform bagi membincangkan dan menyelaras hala tuju perancangan, penyelarasan serta pemantauan bagi penyediaan rumah mampu milik (RMM) di seluruh negara selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah.

Ismail Sabri berkata bagi memastikan institusi kewangan mempermudahkan pinjaman untuk B40 dan M40 membeli rumah PPR dan rumah mampu milik.

Menurutnya, fokus diberi untuk pembelian terus dan rent to own (sewa untuk milik).

“Semua pihak perlu memainkan peranan supaya sasaran Satu Keluarga Satu Rumah dapat direalisasikan.

“Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Persekutuan akan memberi subsidi, kerajaan negeri menyediakan tanah manakala bank mempermudahkan pembiayaan bagi memastikan harga rumah PPR dan rumah mampu milik dapat dijual dengan harga yang berpatutan.

“Dalam masa yang sama, kerajaan komited untuk menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda supaya mereka dapat memiliki kediaman sendiri.

“Mesyuarat turut memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik di bandar kecil dan pinggir bandar untuk meningkatkan peluang golongan M40 membeli rumah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.