nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PdP secara hibrid atau dalam talian terpulang kepada IPT

10 FEB: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institut pengajian tinggi (IPT) secara hibrid atau dalam talian adalah dibenarkan, tertakluk kepada keputusan pihak universiti itu sendiri, kata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan hari ini berkata, IPT juga perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PdP yang ketat.

Ia susulan pengumuman kerajaan semalam yang membenarkan kemasukan pelajar IPT di bawah KPT ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini, dengan jumlah kemasukan pelajar 70 hingga 100 peratus mengikut kapasiti IPT masing-masing.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang sesuai, selain memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan dalam kampus,” kata KPT.

KPT turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan dan kesihatan pelajar menjadi keutamaannya dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus, serta akan memastikan kemasukan pelajar ke kampus berjalan lancar.

Pelajar yang pulang ke kampus diminta terus mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri, manakala aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), katanya.

Antara SOP ditetapkan KPT dan KKM adalah pelajar dan staf yang lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus, namun mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dan berkeputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.

Untuk maklumat lanjut, pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-88706777/6949/6623/6628, melayari laman web IPT atau menghubungi pegawai penyelaras IPT masing-masing. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.