11 FEB: Sebanyak 10 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan satu kes kematian di luar fasilliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 32,075 kes.
Perak dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian sebanyak dua kes, diikuti Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 107,883 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 158 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 78 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,712 kes sembuh turut dilaporkan dan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara ini kini ialah 2,975,422 kes.