11 FEB: Kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini melepasi angka 20,000 apabila mencatatkan sebanyak 20,939 kes hari ini.
Angka itu menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini yang menganggarkan kes mencecah sehingga 15,000 kes susulan gelombang Omicron melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang sudah dijangkiti virus berkenaan adalah sebanyak 2,996,361 kes.
“Bagaimanapun daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, sebanyak 20,821kes atau 99.44 peratus merupakan kategori satu dan dua.
“Selebihnya adalah kategori tiga hingga lima iaitu 118 kes ataupun 0.56 peratus,” ciapannya di Twitternya sebentar tadi.