12 FEB: Kes harian positif COVID-19 di negara ini terus melonjak kepada 22,802 kes baharu hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 kini ialah 3,019,163.
Beliau berkata, daripada jumlah dilaporkan hari ini, sebanyak 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua.
“Mengikut pecahan, sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus) adalah dalam kategori satu dengan 17,668 kes (77.49 peratus) dalam kategori dua.
“Selain itu, 82 kes dalam kategori tiga, kategori empat (14 kes) dan kategori lima (8 kes),” katanya dalam Twitter, hari ini.