14 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 21,315 kes baharu COVID-19 hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,061,550 kes.
“Daripada jumlah kes baharu itu, 21,228 kes atau 99.59 peratus adalah kategori satu dan dua.
“Selebihnya 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.
Mengulas lebih lanjut mengenai kes kategori tiga hingga lima, beliau berkata, 48 kes merupakan kategori tiga, 23 kes kategori empat dan 16 kes kategori lima.