17 FEB: Berlian biru paling besar, luar biasa dan amat mahal akan dilelong di Hong Kong pada harga lebih AS$48 juta (RM200 juta).
Belian biru lebih 15-karat milik De Beers Cullinan Blue itu ditemui di Lombong Culinan, Afrika Selatan pada 2021.
Ia antara beberapa lombong di dunia di mana berlian biru boleh ditemui dan akan ditawarkan pada lelongan di Sotheby’s Hong Kong pada April ini.
Naib Presiden Kanan Sotheby’s merangkap Pengarah Jualan Barangan Kemas, Frank Everett, berkata berlian itu amat luar biasa dalam pelbagai aspek.
“Ia jarang dijumpai kerana saiznya, berukuran lebih 15-karat dan warna keburuannya terang tanpa sebarang kecacatan, juga sesuatu yang amat jarang ditemui dalam berlian bersaiz sebegitu besar.
“Saya yakin ia akan mendapat sambutan menggalakkan pada acara lelongan nanti kerana pasaran kini amat kukuh bagi barangan kemas dalam tempoh beberapa tahun.
“Antara sektor paling kuat ialah permintaan bagi berlian berwarna dan antara yang paling diminati ialah warna biru,” katanya.
Institut Gemologikal Amerika Syarikat (GIA) memberikan berlian berkenaan gred ‘Fancy Vivid Blue’ iaitu gred warna tertinggi boleh diberi, yang menurut Sotheby’s, hanya diberi kepada kurang satu peratus berlian biru dinilai GIA. – REUTERS