17 FEB : Israel melancarkan serangan udara terhadap pekan Zakiya, sebuah pekan di selatan Damsyik menyebabkan kemusnahan harta benda.
Ini merupakan serangan udara kedua terhadap Syria bulan ini, selepas regim Yahudi melancarkan siri serangan anti pesawat pada 9 Februari lalu bagi membalas serangan peluru berpandu Syria awal bulan ini.
Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, berkata sasaran serangan semalam ialah sebuah pos tentera Syria.
Badan berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menerima maklumat daripada rangkaian sumber dalaman di Syria.
Sejak perang saudara bermula di Syria pada 2011, Israel melancarkan ratusan serangan udara menyasarkan kedudukan kerajaan dan pejuang disokong Iran selain pejuang Hezbollah.
Israel mendakwa serangannya bertujuan memastikan musuh utamanya, Iran, tidak menjejakkan kaki di Syria.