17 FEB : Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi akan mengumumkan bilangan kes harian COVID-19 bermula esok, sebaliknya perkembangan kes berkenaan akan dimaklumkan pada jam 10 pagi, hari berikutnya.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata langkah tersebut bagi memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh.
“Ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan hari. Ini adalah supaya dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan kes hospital dan sebagainya.
“Ini untuk kita mengurangkan ‘fear factor’ kes harian dan ia perubahan budaya. Berhenti melihat kepada kes harian, tetapi kita melihat bersama dengan semua data,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media, di Putrajaya hari ini. Turut dihadiri ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohd Sani
Jelas Khairy, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19.