18 FEB : 38 lelaki muslim dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah India hari ini dan memerintahkan penjara seumur hidup terhadap 11 yang lain atas siri letupan bom pada 2008 di bandar Ahmedabad yang mengorbankan lebih 50 orang.
Letupan itu telah menggegarkan negeri barat Gujerat, di mana rusuhan Hindu-Muslim pada 2002 dipercayai telah membunuh beribu-ribu, kebanyakannya orang Islam.
Sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Mujahidin India’ mengaku bertanggungjawab atas letupan itu pada 26 Julai 2008.
Hakim A.R. Patel memerintahkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan mendesak hukuman mati, menyifatkan insiden itu sebagai ‘kes jarang berlaku’ di mana nyawa tidak bersalah terkorban.
Seorang peguam bela berkata, mereka akan merayu keputusan itu di mahkamah yang lebih tinggi.
“Kami telah meminta hukuman ringan untuk banduan kerana mereka telah menghabiskan lebih daripada 13 tahun penjara,” kata Khalid Shaikh kepada Reuters.
“Namun, mahkamah memutuskan kematian kepada majoriti mereka. Kami pasti akan melakukan rayuan.”