18 FEB: Pendakwah terkenal, Ebit Lew dihadapkan di mahkamah di Tenom, hari ini dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire bersama sekumpulan individu lain.
Sementara itu, pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan akan mengadakan sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.
Difahamkan, Ebit Lew kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.