19 FEB: Sebanyak 36 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan sembilan kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 1,597 pesakit baharu dimasukkan ke hospital dengan 12,488 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,900,682.
Sebanyak 16 kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,692 kluster dikesan sehingga kini dengan 486 daripadanya aktif.
Hisham berkata, terdapat 119 kes import dan baki 27,689 kes jangkitan tempatan membabitkan 27,057 warganegara serta 632 warga asing.
“Seramai 235 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 92 daripadanya disahkan positif COVID-19 dan 143 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
“Mereka termasuklah 132 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 55 orang daripadanya positif COVID-19 dan selebihnya 77 kes masih dalam siasatan,” katanya.
Sehingga semalam sebanyak 7,577 katil tidak kritikal di hospital digunakan oleh pesakit atau 66% daripada jumlah kapasiti.
Sementara penggunaan katil ICU 240 atau 29% daripada kapasiti katil.
Daripada 1,597 pesakit dimasukkan ke hospital semalam, 1,055 berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala 542 berada dalam Kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.27.