nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bank Dunia lulus guna AS$1 bilion tabung amanah Afghanistan

19 FEB: Bank Dunia meluluskan pelan menggunakan kira-kira AS$1 bilion (RM4.19 bilion) daripada tabung amanah Afghanistan yang dibekukan bagi program pendidikan, pertanian, kesihatan dan keluarga di Afganistan.

Pelan yang digariskan dalam kertas yang dilihat oleh Reuters pada Jumaat adalah untuk memintas pihak berkuasa Taliban dengan mengagihkan dana dalam Tabung Amanah Pembinaan Semula Afghanistan (ARTF) yang ditadbir Bank Dunia melalui agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia akan dibincangkan oleh Lembaga Bank Dunia pada 1 Mac, menurut sumber.

Penderma dana perlu memberikan kelulusan untuk mengeluarkan wang daripada tabung itu.

Langkah itu akan menyusuli kejayaan pengeluaran AS$280 juta (RM1.2 bilion) daripada dana amanah yang sama kepada Program Makanan Sedunia (WFP) dan agensi kanak-kanak PBB UNICEF untuk menyokong pemakanan dan kesihatan di Afghanistan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut kertas Bank Dunia, rancangan itu adalah untuk “menyediakan lebih daripada AS$1 bilion sumber ARTF pada 2022.”

Menyedari keadaan masih tidak berubah, pelan itu menyasarkan fleksibiliti dengan membuat empat pengeluaran berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) dan selebihnya “atas asas keutamaan” untuk sepanjang tahun ini.

Matlamatnya adalah untuk melindungi mereka yang terdedah, membantu memelihara modal insan dan institusi ekonomi dan sosial utama dan mengurangkan keperluan untuk bantuan kemanusiaan masa depan, menurut kertas Bank Dunia.

Bank itu meminta dana berkenaan digunakan untuk program keselamatan makanan, kesihatan dan pendidikan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bulan lalu menggesa baki AS$1.2 bilion (RM5.02 bilion) dana itu dikeluarkan untuk membantu rakyat Afghanistan menjalani kehidupan pada musim sejuk.

Perunding kanan kumpulan pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa, Graeme Smith, berkata rancangan Bank Dunia itu akan menyediakan wang yang sangat diperlukan dan pada masa sama berupaya mengelak campur tangan Taliban, yang pemimpinnya berada di bawah sekatan Amerika Syarikat (AS) dan PBB.

Pelan Bank Dunia menetapkan “syarat minimum untuk akses dan ekuiti” bertujuan untuk memastikan kanak-kanak perempuan dibenarkan ke sekolah, guru wanita boleh bekerja, wanita dimasukkan ke dalam majlis komuniti, isi rumah diketuai wanita menerima bantuan makanan dan pekerja kesihatan wanita dibenarkan bekerja. – REUTERS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.