Ratu Elizabeth disahkan positif COVID-19
20 FEB : Ratu Elizabeth II hari ini disahkan positif COVID-19, namun hanya mengalami gejala ringan, maklum Istana England, selepas Putera Charles, anak sulung dan waris ratu, diuji positif pada 10 Februari lalu, iaitu dua hari selepas bertemu ibunya itu di Windsor.
Setakat ini tiada sebarang maklumat diberikan ketika itu, sama ada Ratu Elizabeth II, yang pada bulan ini genap 70 tahun menduduki takhta, menjalani ujian COVID-19 secara kendiri.
Baginda menemui rakyat secara bersemuka di istana pada minggu lalu, namun mengadu kepada seorang hadirin bahawa beliau rasa kebas dan sukar bergerak serta dilihat bertongkat.
“Istana Buckingham mengesahkan ratu hari ini diuji positif COVID. Baginda mengalami simptom seperti selsema ringan, namun dijangka meneruskan tugas ringan di Windsor pada minggu akan datang. Baginda akan terus menerima rawatan perubatan dan mengikut semua garis panduan yang sewajarnya,” kata istana dalam satu kenyataan.
Walaupun kebiasaannya istana merahsiakan keadaan kesihatan ratu, ia sebelum ini mengesahkan baginda sudah menerima vaksinasi COVID-19 sepenuhnya.
Persatuan Akhbar Britain berkata ‘difahamkan beberapa kes juga dikesan dalam kalangan pasukan Istana Windsor’.