nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO perlu terus sesuaikan diri dengan perubahan semasa

20 FEB : UMNO perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan parti itu terus relevan mendepani sebarang cabaran, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Katanya, UMNO tidak boleh lagi bersandar kepada sejarah kejayaan dikecapi sejak ditubuhkan 75 tahun lalu di negara ini dan 31 tahun di Sabah semata-mata, sebaliknya perlu membuat perubahan supaya parti itu tetap menjadi pilihan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, perubahan zaman membawa pelbagai cabaran baharu yang akan turut menguji segala dasar dan kaedah parti itu untuk mendepaninya.

“Pada akhirnya, rakyat akan menentukan masa depan UMNO memandangkan UMNO sebuah parti yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Bagaimanapun, kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran kerana sehebat mana pun kita, jika tidak mahu melakukan perubahan, kedudukan parti ini akan tergugat,” katanya dalam perutusan sempena 31 tahun UMNO bertapak di Sabah, yang akan disambut esok.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, meskipun banyak kebaikan dilakukan UMNO dan BN, cabaran ketika ini amat berbeza kerana rakyat sedang berdepan krisis kesihatan serta ekonomi akibat pandemik COVID-19.

“Rakyat mahu kerajaan yang dapat membantu mereka yang kini hidup terhimpit,” katanya.

Bung Moktar berkata, UMNO sudah berjaya melalui pelbagai ujian sepanjang tempoh 75 tahun lalu kerana berpegang kepada formula membela nasib rakyat dan bukan hanya berjuang untuk ahli parti semata-mata.

Dalam konteks Sabah, beliau berkata, banyak cabaran telah dilalui UMNO sebaik saja melebarkan sayap ke negeri ini pada 1991.

Namun, katanya, peristiwa paling memberi kesan ialah ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sehingga wujud pelbagai tohmahan serta ada yang meninggalkan parti.

“Kita melihat ujian ini secara positif. Alhamdulillah, kita masih memiliki pemimpin serta ahli berprinsip dan setia kepada perjuangan parti yang menjadikan UMNO Sabah lebih matang, kukuh serta berpengalaman menghadapi cabaran. Hingga kini, tidak ada satu bahagian UMNO Sabah dibubarkan,” katanya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.