22 FEB: Sebanyak 564,220 individu atau 15.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,078,456 atau 59.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,945,040 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,222,810 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,132 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,886,655 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 137,307 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 52,804 suntikan dos pertama, 1,024 suntikan dos lengkap dan 83,479 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,289,382.- BERNAMA