25,099 kes baharu COVID-19
22 FEB: Sebanyak 25,099 kes jangkitan harian baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menurun berbanding 26,832 kelmarin.
Berita Yang Berkaitan
Menurut maklumat dalam laman sesawang COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 25,014 penularan tempatan dan 85 kes import.
Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 3,246,779 kes.