22 FEB: Sebanyak 43 kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan 13 kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah keseluruhan kematian kini adalah sebanyak 32,390 kes, daripada lebih 3.23 juta kes positif COVID-19, manakala kes keseluruhan BID pula ialah 6,586.
Menurut data di portal COVIDNOW, Selangor dan Johor masing-masing merekodkan 10 kematian baharu manakala satu di Johor.
Kedah merekodkan tujuh kematian baharu, Kelantan (2), Sabah (5), Pulau Pinang dan Pahang masing-masing dua kematian.
Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan satu kematian.
Sementara itu, terdapat 258,985 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dengan 245,875 daripadanya atau 94.9 peratus adalah individu dikuarantin di rumah manakala 5,055 (2 peratus) orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 7,783 kes dirawat di hospital dengan 272 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan pesakit memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 164 kes manakala 108 lagi tidak memerlukan mesin ventilator.
Penggunaan kemudahan kesihatan negara pula menunjukkan bahawa kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara adalah sebanyak 70 peratus manakala mesin ventilator (36.6 peratus), ICU (59,3 peratus) dan PKRC (47.0 peratus).