23 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Phnom Penh Kemboja bagi lawatan rasmi sulung selama dua hari.
Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Phom Penh itu disambut oleh Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Othsman Hassan yang mewakili Kerajaan Kemboja.
Ismail Sabri mengadakan lawatan rasmi ke negara berkenaan di atas jemputan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen.
Sambutan rasmi lawatan Perdana Menteri Malaysia itu akan diadakan di Peace Palace Phnom Penh pagi esok.
Selain itu, Ismail Sabri juga dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Hun Sen akan tertumpu kepada pelbagai usaha untuk pengukuhan hubungan dua hala, ekonomi, pembukaan sempadan kedua-dua negara dan isu-isu serantau.