24 FEB : Seramai 18 orang dilaporkan maut dalam serangan udara Russia ke atas pangkalan tentera berhampiran bandar pelabuhan Odessa.
Pentadbir wilayah Odessa mengesahkan lapan lelaki dan 10 wanita maut dalam serangan tersebut.
Serangan itu berlaku pada hari pertama pencerobohan ke atas Ukraine yang dilancarkan oleh Presiden Vladimir Putin.
Ia adalah serangan tunggal menyebabkan banyak kematian setakat hari ini yang dilaporkan oleh pegawai Ukraine, yang sebelum ini meletakkan angka kematian di seluruh negara sekitar 50, termasuk kira-kira 10 orang awam.
Serangan itu menyerang pangkalan tentera kira-kira 100 kilometer (62 batu) di utara Odessa, di wilayah berhampiran sempadan Ukraine dengan Moldova.