24 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Thailand hari ini dalam rangka lawatan rasminya selama tiga hari bagi mempertingkatkan lagi kerjasama dua hala dan pergerakan rakyat di kedua-dua negara.
Ismail Sabri tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand pada jam 8.15 malam dari Kemboja, disambut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Don Pramudwinai yang mewakili kerajaan Thailand.
Turut hadir ialah Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Ini merupakan lawatan julung kali Ismail Sabri ke Bangkok sebagai Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.
Lawatan rasmi Ismail Sabri selama tiga hari bermula hari ini adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara-negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021
.