28 FEB: Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera , Indonesia hari ini.
Ia disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.
Gempa berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.