26 FEB : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 30,644 angka jangkitan baharu COVID-19 semalam, memperlihatkan penurunan berbanding berbanding 32,070 kes kelmarin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada angka itu, sebanyak 30,387 kes adalah penularan tempatan manakala 257 lagi adalah kes import. Jumlah jangkitan terbaharu itu menjadikan keseluruhan individu yang dijangkiti kini berjumlah 3,367,871 kes.
Kata beliau, sebanyak 9,557 kes atau 31.19 peratus adalah Kategori 1, manakala Kategori 2 (20,931 kes); Kategori 3 (91 kes); Kategori 4 (39 kes) dan Kategori 5 (26 kes).
“33 daripada 156 kes Kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan itu dikenal pasti tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, manakala 77 lagi belum menerima dos penggalak.
“Sebanyak 46 kes atau 29.49 peratus sudah menerima dos penggalak, manakala 78 kes lagi berusia 60 tahun ke atas, komorbiditi (89 kes) dan ibu mengandung (dua kes).
“Kementerian Kesihatan (KKM) turut mencatatkan 22,678 kes sembuh, manakala 332 kes pula dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 196 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Penggunaan katil ICU di tujuh negeri menurut Dr Noor Hisham mencatatkan kadar melebihi 50 peratus, iaitu Kelantan (92 peratus), diikuti Johor (61 peratus), Perlis (55 peratus), Perak (53 peratus) serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka (50 peratus).
“Penggunaan katil bukan ICU di 12 negeri juga mencatatkan kadar melebihi 50 peratus iaitu Selangor (107 peratus), diikuti Kelantan (97 peratus), Putrajaya (93 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus), Perak (89 peratus), Perlis (75 peratus), Johor (70 peratus), Pahang (67peratus), Sabah (67peratus), Terengganu (61 peratus), Sarawak (59 peratus), dan Pulau Pinang (59 peratus).
“Penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) di dua negeri turut mencatatkan kadar melebihi 50 peratus, masing-masing 59 peratus di Melaka dan 54 peratus di Selangor,” katanya.
Sementara itu, portal COVIDNOW pula melaporkan, sebanyak 57 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, dengan 14 diklasifikasikan sebagai kes kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah kumulatifnya sejumlah 32,591 orang.
Johor melaporkan 14 kes kematian, manakala Sabah (lapan kes); Perak (enam kes); Kedah, Melaka dan Selangor (lima kes); Pahang dan Terengganu (tiga kes); Kuala Lumpur dan Perlis (dua kes) serta Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak (satu kes).