26 FEB : Malaysia memandang serius konflik yang berlaku di Ukraine ekoran dan menggesa kedua-dua pihak mencari solusi menamatkan peperangan tersebut bagi menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang kemusnahan daripada terus berlaku.
Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam situasi tegang itu, Malaysia berharap agar wujud usaha untuk mencari perdamaian menerusi rundingan dialog berdasarkan undang-undang antarabangsa mengikut ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Malaysia akan sentiasa meneruskan sokongan terhadap apa juga usaha untuk mengekalkan kedamaian dan keselamatan antarabangsa demi kemakmuran bersama.
“Malaysia juga menyeru pemimpin PBB agar terus menjalankan tanggungjawab bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia antarabangsa sentiasa terpelihara,”ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kedutaan Malaysia di Kyiv, menurut Perdana Menteri lagi kini sedang berusaha untuk mengeluarkan lapan lagi rakyat Malaysia di mana seramai 13 warganegara Malaysia telah pun berjaya di bawa keluar dari Ukraine pada minggu lalu.